FROM PENDANG WITH LOVE

By: somchit pratchai

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 3-Apr-2008 13:51 Email | Share | Bookmark
Boikot Product Belanda/Dutch





Tuesday, 01 April 2008
KUALA LUMPUR, 1 Apr (Hrkh) - Semua rakyat Malaysia yang cintakan kehidupan bersama yang aman dan harmoni hendaklah bersama-sama memboikot pihak yang suka mencetuskan api permusuhan, kata Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar.
Beliau berkata demikian ketika mengukuhkan cadangan supaya diboikot barangan dari Belanda berikutan tindakan ahli parlimen negara itu, Geert Wilders menyiarkan filem yang mengkritik Al-Quran, , Fitna, di dalam laman webnya mulai 27 Mac lalu.
Barangan dari German pula digesa diboikot sebaik sahaja negara itu menghalalkan pementasan Satanic Verses di teater Hans Otto, Potsdam, salah sebuah bandar dalam negara itu.
Isyarat tegas "Semua pihak, tanpa mengira bangsa dan agama, yang mencintai kehidupan bersama yang harmoni mestilah memberi isyarat yang tegas dan jelas bahawa mereka tidak mahu lagi menerima apa jua bentuk penghinaan ke atas mana-mana pihak," kata Mahfuz.
Di samping meminta para ilmuan Islam memberikan penjelasan mengenai ayat-ayat al-Quran yang difitnahkan itu, beliau berkata, tindakan semua pihak memboikot barangan dan perkhidmatan mereka yang mencetuskan permusuhan adalah sangat penting.
"Buktikan kepada penyembah-penyembah permusuhan yang memperalatkan kebebasan bersuara itu bahawa kita mahu hidup dalam harmoni. Kita tak mahu sakitkan hati antara satu sama lain.
"Kita mesti beri signal yang jelas dan tegas dengan memboikot barangan dan perkhidmatan mereka yang mencetus permusuhan dan menyokong tindakan mencetuskan permusuhan," tegas beliau.
Umat Islam, katanya, mempunyai kewajipan untuk menentang cercaan ke atas agama mereka.
"Bukan itu sahaja, kita juga mesti menentang cercaan ke atas agama lain kerana itulah ajaran Islam kepada kita," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Khutbah

Beliau menyeru pihak-pihak berkuasa agama Islam supaya menyediakan khutbah-khutbah untuk menyemarakkan kesedaran ummah supaya tidak bertolak-ansur dengan sesiapa jua yang menghina Islam.
"Media-media massa pula mestilah memainkan peranan yang aktif untuk menyemarakkan kesedaran semua pihak supaya menentang apa jua perbuatan yang mencetuskan permusuhan dengan memboikot barangan mana -mana negara yang menghalalkan tindakan seperti itu, tidak kira Belanda, German malah mana-mana negara sekalipun" katanya.
Menurut beliau lagi, jika sebelum ini Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna boleh menggesa rakyat memboikot barangan yang dijual oleh para peniaga yang didakwa sengaja menaikkan harga, kementerian itu juga sepatutnya menggesa para pengguna melakukan perkara yang sama ke atas barangan negara-negara yang menghalalkan penghinaan dan cetusan permusuhan.
"Tidak cukup dengan kenyataan (Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk) Shahrir (Abdul Samad) yang menyatakan rakyat berhak menunjukkan tanda protes dengan memboikot barangan dari Belanda. Menteri dan kementerian itu sepatutnya memainkan perana yang aktif.
"Mesti ada tindakan bersama yang terancang dan serentak dari pihak berkuasa agama, media-media dan kementerian-kementerian yang terbabit untuk memastikan keberkesanan pemboikotan itu," tegas beliau.
Mahfuz mengucapkan terima kasih kepada pasaraya yang berjanji akan memberikan kerjasama dengan meletakkan tanda produk keluaran Belanda yang dijual bagi membolehkan pengguna mengenal pasti produk tersebut.
Antara produk keluaran Belanda termasuk minyak Shell, susu Dutch Lady, barangan elektrik Philips, coklat Forrero Roche, insurans ING, teh Lipton, perisa makanan Knor dan cecair mandian Dove.
Semalam, Dewan Pemuda PAS Pusat yang diketuai Ketuanya, Salahuddin Ayub telah menghantar bantahan kepada kedutaan Belanda mengecam tindakan Wilders menyiarkan filem itu di dalam laman webnya.

Lumpuh

Sabtu lalu, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyeru umat Islam di seluruh dunia memulaukan produk Belanda sebagai satu bantahan berkesan berikutan tindakan menyiarkan filem Fitna itu di Internet.
Beliau berkata pemulauan itu boleh menyebabkan Belanda lumpuh kerana umat Islam meliputi sebahagian besar penduduk dunia yang kaya dan juga pengimport terbesar.
Bagaimanapun, semua 1.3 bilion umat islam di dunia mestilah bersatu dan meletakkan kepentingan Islam dan umat Islam daripada keperluan individu jika mahukan pemulauan ini berkesan.
"Kalau orang Islam bersatu kita mudah saja ambil tindakan. Kalau kita pulau barangan dari Belanda dia tutup negeri, pasal yang beli banyak sekali, yang kaya sekali di dunia ini adalah orang Islam.
"Kalau semua 1,300 juta orang Islam kata kami tidak kan beli barang dari Belanda, maka barulah berkesan.
"Kalau nak pulau buatlah betul-betul. Tapi orang kita kata, dia (Belanda) pun berniaga dengan kita juga, kalau kita tahan dia, dia rugilah. Jadi (kalau begini) kita tak fikir sebagai orang Islam, kita fikir untuk kepentingan diri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung ke-46 Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim).



http://pratchai.shutterchance.com/


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net