FROM PENDANG WITH LOVE

By: somchit pratchai

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 11-Mar-2008 13:43 Email | Share | Bookmark
Pilihanraya Umum Ke-12






















Sejarah Pendang

Pendang merupakan salah satu daerah jajahan Negeri Kedah Darul Aman. Ia meliputi kawasan sawah yang luas dan mempunyai penduduk yang berbilang bangsa dan agama. Penduduk di daerah ini terdiri daripada Melayu, Siam, Cina dan India. Nama Pendang berasal daripada perkataan "pendiat" yang bermaksud parit atau lubang yang dibina khas untuk menangkap gajah.
Tempat-tempat menarik
Kawasan sejarah dan rekreasi menarik yang terdapat di daerah ini adalah seperti:
• Kubur Panjang
• Kawasan peranginan Sungai Rambai dan lain-lain lagi.
Kubur Panjang merupakan salah satu tinggalan sejarah yang masih terdapat di daerah ini. Ia terletak di sebuah kampung yang terletak lebih kurang 15 minit dari pekan Pendang. Kampung ini diberi nama bersempena dengan tinggalan sejarah tersebut iaitu Kampung Kubur Panjang. Ukuran panjang kubur ini akan bertambah dari sehari ke sehari dan kawasan kubur berkenaan telah dijadikan kawasan Tanah Perkuburan Islam agar kubur berkenaan dapat dipelihara dan dijaga untuk dijadikan satu kawasan tinggalan sejarah di Daerah Pendang Khususnya dan Negeri Kedah Darul Aman amnya.
• Kampung Bukit Jambul
Kampung Bukit Jambul terletak lebih kurang 8 KM dari pekan Pendang. Bukit Jambul di beri nama sejak sekian lama dahulu apabila berlakunya perang di Jambu Pattani Thailand yang dahulunya merupakan Kerajaan Kedah Tua, penduduk di Jambu yang rata - ratanya berketurunan Raja Jambu telah lari dari perang antara Kedah dan Siam. Apabila sampai di Bukit Jambul mereka telah tinggal di situ dan menamakan Bukit Jambu kerana di situ mempuyai bukit. Lama - kelamaan Bukit Jambu telah di gelar dengan gelaran Bukit Jambul. Kebanyak penduduk Bukit Jambul sekarang berketurunan Raja Jambu. Terdapat sebuah kubur lama yang boleh dijadikan sejarah kerana menurut penduduk kampung kubur itu merupakan kubur orang pertama sampai di Bukit Jambul.
• Perigi mandi gajah *
Perigi mandi gajah terletak di tengah pekan Pendang Jalan ke Sg.Tiang bersebelahan dengan Balai Polis Pendang.Perigi yang separti ini yang masih wjud dan dijaga dengan baik,terletak di tengah taman dan berhampiran dengan pusat makanan.Tempat ini menjadi tempat gajah mandi di sekitar Pendang.Telaga ini tidak pernah kering walaupun berlaku kemarau panjang dan menjadi tempat mandi orang ramai semasa kermarau di mana lain lain perigi kering dan pada masa dahulu tiada bekalan air bersih dari kerajaan.
Asal-usul nama
Daerah Pendang dahulunya adalah tempat gajah-gajah tinggal. Perkataan "Pendang" adalah istilah yang dipanggil oleh penduduk tempatan terdahulu yang bermaksud lubang atau telaga yang dibuat oleh penduduk pada masa itu untuk menangkap atau menjerat gajah. Lubang atau telaga yang digunakan untuk menjerat gajah ini masih ada lagi di sebelah Balai Polis Pendang yang kini menjadi telaga. Kubur seorang penduduk tempatan yang dipijak gajah juga masih ada lagi di Kampung Sukamari yang terletak di belakang pekan baru Pendang.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net