FROM PENDANG WITH LOVE

By: somchit pratchai

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 1-Mar-2008 04:12 Email | Share | Bookmark
Sarawak Ethnic (Part 1)

Kaum Kenyah





(gambar-gambar tersebut diambil ketika mengikuti lawatan rasmi Ketua Menteri Sarawak ke kawasan pedalaman pada 27Feb2008 (Long Lapok)

Kaum Kenyah ialah salah satu kaum orang asli (Bumiputera) yang mendiami di kawasan pedalaman daerah Baram dan Belaga di Sarawak, Malaysia serta di Kalimantan, Indonesia.
Sepanjang Ulu Sungai Baram adalah merupakan tempat asalnya Orang Kenyah dimana pusatnya adalah di Long San. Kebudayaan masyarakat Kenyah adalah lebih kurang sama dengan budaya Orang Kayan di mana satu lagi suku etnik yang terdapat di Sarawak. Penempatan mereka adalah di lembah sungai sepanjang hulu batang Baram, Usun Apau, Balui, kawasan Tinjar, dan ulu batang Rajang.

Pada lewat abad ke-20, bilangan kaum Kenyah dilaporkan terdiri daripada 23,000 orang. Mereka tinggal dekat kuala sungai dipangil Long dan mempunyai perhubungan yang rapat dengan kaum Kayan. Oleh itu, kaum Kenyah mempunyai budaya yang amat serupa dengan kaum Kayan, walaupun bahasa-bahasa mereka berbeza. Ekonomi tradisi Kenyah berdasarkan penanaman padi bukit di cerang hutan. Pokok-pokok hutan ditebang dan dibakar dan padi ditanam antara abu-abunya.
Pada tradisinya masyarakat Kenyah merupakan masyarakat yang percaya kepada kepercayaan animisme, di mana mereka percaya bahawa semua yang ada disisi mereka mempunyai roh yang sendiri. Masyarakat asli Kenyah amat percaya kepada tanda-tanda alam, di mana setiap keanehan alam akan memberi makna atau maksud. Kehidupan harian masyarakat asli Kenyah secara amnya di tentukan oleh kepercayaan tersebut.
Tetapi sejak datangnya mubalih-mubalih Kristian dan menyebar ugama Kristian pada mereka, kepercayaan ini tidak lagi di pegang. Pada masa sekarang majoriti masrakat moden Kenyah beragama Kristian
Kini, ramai masyarakat Kaum Kenyah telah berhijrah ke bandar dan hidup dengan cara moden serta menjawat jawatan-jawatan penting dalam sektor kerajaan dan swasta.




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net