FROM PENDANG WITH LOVE

By: somchit pratchai

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 9-Jan-2008 17:50 Email | Share | Bookmark
Salam Maal Hijrah 1429

 


Salam Maal Hijrah Untuk Sahabat Semua

Konsep hijrah pada era globalisasi mengajak kita untuk memanfaatkan pelbagai aspek kemajuan masa kini bagi mencapai kejayaan hidup di dunia dan akhirat. Tetapi, tanpa sifat sanggup berhijrah, mustahil kejayaan akan tercapai dan kemajuan ummah tidak akan berhasil.
Islam tidak menyuruh kita berdiam diri dan menunggu Allah memberi sesuatu kepada kita tanpa berusaha. Allah berfirman bermaksud: “Bagi setiap seorang ada malaikat penjaganya dari hadapan dan belakangnya, yang menjaganya dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila dikehendaki oleh Allah keburukan kepada sesuatu kaum, maka tidak ada yang dapat menolak, dan tidak ada pelindung bagi mereka selain daripada-Nya.” (Surah ar-Ra’d, ayat 11)
Justeru, kita hari ini mestilah berusaha mempersiapkan diri untuk melakukan hijrah menuju pada alaf baru.......

Sekiranya kita ketika ini mempunyai kurang keyakinan diri, berhijrahlah dengan membina keyakinan diri anda. Sekiranya kita ketika ini penuh kegagalan, tanamlah azam untuk berusaha demi penghijrahan ke arah kejayaan. Adakah ianya sukar untuk melakukan perubahan tersebut. Bagi saya, penghijrahan ini adalah terlalu kecil, tetapi manfaat yang diperolehi terlalu besar. Lakukan, pasti anda dapat merasakan dan mengalaminya. Inilah penghijrahan yang dilakukan tanpa memerlukan kita mengeluarkan satu sen pun wang . Penghijrahan minda... (lin comel)








View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net