FROM PENDANG WITH LOVE

By: somchit pratchai

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  2  3  4  5  6  7  8  9  [10]  11  12  13  14  15  16  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 2-Jan-2008 03:10 Email | Share | | Bookmark
Perkawinan : Muhtar Suhaili & Wan Lydia Salmi

Muhtar & Lydia 1
Muhtar & Lydia 2
Muhtar & Lydia 3
View all 13 photos...



























Majlis Perkahwinan : Muhtar Suhaili & Wan Lydia Salmi
Tarikh : 29 Disember 2007
Tempat: Kg. Muhibbah Niah, Miri Sarawak


Muhtar Suhaili seorang Engineer Shell (My ex-student kat Kolej dulu & bekas Presiden Persatuan Mahasiswa Univ. Islam Antarabangsa) dan pasangannya seorang guru kaunseling, semoga berbahagia selamanya.
Majlis Perkahwinan ini penuh dengan adat dan budaya Masyarakat Bugis, cukup menarik






Monday, 31-Dec-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark

 
 
 
View all 8 photos...
Majlis Tilawah Al-Quran Kementerian Pelajaran Malaysia
Peringkat Kebangsaan Kali ke-14 2007
Miri Sarawak













Persembahan Semasa Jamuan Makan Malam Meraikan Kontingen


Terima kasih kepada semua ahli Task Force Unit Pendidikan Islam Dan Moral
Pejabat Pelajaran Gabungan Miri atas usaha gigih sebagai urusetia majlis


Majlis Tilawah Al-Quran Kementerian Pelajaran Malaysia
Peringkat Kebangsaan 2007
Lokasi : Miri Sarawak
Perasmian Pembukaan Oleh : YAB Ketua Menteri Sarawak
Perasmian Penutupan Oleh: TYT Yang Di-Pertua Negeri Sarawak






Tuesday, 25-Dec-2007 15:14 Email | Share | | Bookmark
IBADAH KORBAN 2007

 
 
 




Lokasi Korban : Pendang Kedah Darulaman
Amalan berkorban bertindak mendekatkan diri (taqarrub) kepada Allah dan mendekatkan hubungan antara manusia dengan Allah ini dikenali sebagai amaliah yang bersifat vertikal. Sementara amaliah yang bersifat horizontal pula, ibadah penyembelihan korban meningkatkan hubungan antara manusia dengan manusia melalui pembahagian daging-daging korban terutama kepada golongan fakir dan miskin. Ini sebagai petunjuk bahawa takwa yang bersifat personal dan vertikal (hubungan hamba dengan Tuhannya) sering tidak terpisah dengan hubungan hamba itu dan persekitarannya. Justeru, amal sosial seperti korban harus didasarkan kepada Allah. Melalui ibadah korban inilah terselit maknawi yang mendalam bahawa manusia memerlukan pengorbanan dalam menuju kebahagiaan di dunia dan akhirat.Korban disyariatkan bagi mengingatkan manusia bahawa jalan menuju kebahagiaan memerlukan pengorbanan. Akan tetapi yang dikorban bukan manusia, bukan pula nilai-nilai kemanusiaan tetapi binatang sebagai petanda bahawa pengorbanan harus ditunaikan dan bahawa yang dikorbankan adalah sifat-sifat kebinatangan dalam diri manusia saperti sifat rakus, tamak, ego, mengabaikan norma, nilai dan sebagainya. Secara hurufiahnya, kesempurnaan ibadah korban ini bermaksud membunuh segala sifat kebinatangan yang terdapat dalam diri manusia.





Friday, 14-Dec-2007 03:24 Email | Share | | Bookmark
Pengangkutan Ke Hulu Baram Sarawak

Bot Exspress Dengan 100 orang muatan
Transit Di Pekan Marudi
Padang Terbang Mulu
View all 4 photos...





Struktur geografi Sarawak yang landai serta berbukit bukau diselangi dengan jaringan sungai-sungai yang berselirat menjadi faktor mengapa pengangkutan paling utama di negeri ini adalah melalui sungai dan juga udara. Tambahan pula negeri Sarawak ialah negeri terbesar di Malaysia.
Sungai Baram sepanjang 400 km terletak di Tanjung Baram, Miri , Sarawak. Sungai ini mengalir dari timur iaitu dari Banjaran Taman Abo ke Laut China Selatan di sebelah Barat.Di Sarawak dan kebanyakan tempat di Indonesia, sungai disebut juga sebagai Batang. Contohnya Batang Lupar, Batang Rajang, Batang Mukah, Batang Tinjar dan lain-lain. Untuk ke destinasi pedalaman Sarawak seperti ke Taman Negara Mulu, pengangkutan yang dapat menghubung ketempat ini hanyalah dengan jalan sungai atau udara, jalan sungai ke Mulu mangambil masa selama sehari perjalanan manakala pengangkutan udara selama 35 minit, disini terdapat satu sekolah (SK Batu Bungan) yang majoritinya anak-anak kaum penan, sekolah ini berdekatan dengan Taman Negara Mulu .Terdapat lebih 40 buah sekolah dikawasan pedalaman didalam Bahagian Miri. Kebiasaanya saya akan kekawasan pedalaman ini untuk memantau sekolah-sekolah atau menghantar guru-guru baru kesana, ketabahan guru-guru baru yang sanggup meredah sungai dan alur untuk menabur bakti amatlah dihargai.






Sunday, 11-Nov-2007 09:51 Email | Share | | Bookmark
BUNGA

 
 
 
View all 6 photos...
[





Tajuk : Bunga
Lokasi : Rumah Ibu di Kampung (Pendang, Kedah Darulaman)
diambil semasa balik raya kat Kampung baru-baru ni, Ibu saya kat kampung tu memang
hobi dia tanam bunga selain dari pelihara ayam itek...






[<<  <  2  3  4  5  6  7  8  9  [10]  11  12  13  14  15  16  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net