FROM PENDANG WITH LOVE

By: somchit pratchai

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  2  3  4  5  6  7  8  [9]  10  11  12  13  14  15  16  >  >>]    [Archive]
Sunday, 27-Jan-2008 17:24 Email | Share | | Bookmark
Taman Negara Mulu

 
 

Bot Exspress




Sungai Mulu





Taman Negara Mulu terletak dalam Bahagian Miri, Negeri Sarawak.
Disini terletaknya gua yang terbesar didunia, beberapa gua terdapat disini antaranya : "Clearwater Ceve" dan "Deer Cave", perjalanan ke sini dapat melalui dua cara samada melalui jalan sungai atau menggunakan jalan udara (Fokker 50), alhamdulillah saya dah beberapa kali samapai kesini samada atas tugas rasmi mahupun melancong, cabaran melalui jalan sungai cukup menarik, Bertolak seawal jam 7 pagi dari jeti Kuala baram Miri dengan menaiki "Bot Exspress" menuju ke pekan Marudi, perjalanan yang memakan masa selama 3 jam ini amat menyeronokkan kerana penumpang bot yang boleh memuatkan 100 orang ini diberi peluang untuk naik ke atas bumbung bot. Di pekan Marudi bot yang menuju ke Long Terawan sedia menunggu, perjalanan dari Marudi ke Long Terawan mengambil masa selama 4 Jam, di Long Terawan kita terpaksa berunding dengan penduduk Kampung untuk menyewa perahu panjang untuk ke Taman Negara Mulu, Insyaallah dari sini akan mengambil masa selama 3 jam lagi untuk sampai ke Royal Mulu Hotel (empat bintang) di Taman Negara Mulu. Jika Menggunakan jalan udara, hanya mengambil masa selama 35minit dari Bandaraya Miri


Ada Banyak Lagi Gambar Kat Sini ....http://www.flickr.com/photos/pratchai/



Thursday, 24-Jan-2008 01:19 Email | Share | | Bookmark
Putrajaya

 
 
 
View all 4 photos...


Terima Kasih Ushar/Naza atas ilmu yang diajar












Sunday, 20-Jan-2008 09:54 Email | Share | | Bookmark
Kuala Lumpur Twin Towers

 
 
 
View all 5 photos...

Senja Di Kuala Lumpur


KLCC


KLCC waktu pagi

KLCC waktu senja


KLCC waktu malam







Wednesday, 16-Jan-2008 02:32 Email | Share | | Bookmark
Anak Saudara

 
 
 
View all 8 photos...












PROJEK : ALBUM ANAK SAUDARA (NABIL & NABILAH)
LOKASI : MIRI SARAWAK
SIZE CUSTOM ALBUM : 8"X6"


Anak bagaikan permata gemilang yang menyerikan institusi rumahtangga. Kehadirannya bagaikan rahmat, amanah, harga yang tidak ternilai, sumber kebahagian dan saham di hari akhirat. Anak juga sebagai penguji keimanan dan tempat bergantung di hari tua. Jika dibekalkan dengan pendidikan secukupnya, maka anak meupakan penyambung cita-cita dan harapan ibu bapa.

aku berbisik kepada akal :
tidak mudah menjadi manusia
terkadang-kadang kita di rantai
terkadang memusnah diri sendiri
akal berkata kepadaku :
hanya yang teguh keimanan
bakal menjadi manusia bahagia
seperti dimaktubkan janji Tuhan








Wednesday, 9-Jan-2008 17:50 Email | Share | | Bookmark
Salam Maal Hijrah 1429

 


Salam Maal Hijrah Untuk Sahabat Semua

Konsep hijrah pada era globalisasi mengajak kita untuk memanfaatkan pelbagai aspek kemajuan masa kini bagi mencapai kejayaan hidup di dunia dan akhirat. Tetapi, tanpa sifat sanggup berhijrah, mustahil kejayaan akan tercapai dan kemajuan ummah tidak akan berhasil.
Islam tidak menyuruh kita berdiam diri dan menunggu Allah memberi sesuatu kepada kita tanpa berusaha. Allah berfirman bermaksud: “Bagi setiap seorang ada malaikat penjaganya dari hadapan dan belakangnya, yang menjaganya dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila dikehendaki oleh Allah keburukan kepada sesuatu kaum, maka tidak ada yang dapat menolak, dan tidak ada pelindung bagi mereka selain daripada-Nya.” (Surah ar-Ra’d, ayat 11)
Justeru, kita hari ini mestilah berusaha mempersiapkan diri untuk melakukan hijrah menuju pada alaf baru.......

Sekiranya kita ketika ini mempunyai kurang keyakinan diri, berhijrahlah dengan membina keyakinan diri anda. Sekiranya kita ketika ini penuh kegagalan, tanamlah azam untuk berusaha demi penghijrahan ke arah kejayaan. Adakah ianya sukar untuk melakukan perubahan tersebut. Bagi saya, penghijrahan ini adalah terlalu kecil, tetapi manfaat yang diperolehi terlalu besar. Lakukan, pasti anda dapat merasakan dan mengalaminya. Inilah penghijrahan yang dilakukan tanpa memerlukan kita mengeluarkan satu sen pun wang . Penghijrahan minda... (lin comel)








[<<  <  2  3  4  5  6  7  8  [9]  10  11  12  13  14  15  16  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net