FROM PENDANG WITH LOVE

By: somchit pratchai

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  [8]  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 27-Feb-2008 08:49 Email | Share | | Bookmark
KOMPANG



Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia tergolong dalam kumpulan alat muzik gendang. Kulit kompang biasanya diperbuat daripada kulit kambing.

Pada kebiasaannya, seurat rotan akan diselit dari bahagian belakang antara kulit dan bingkai kayu bertujuan menengangkan permukaan kompang, bertujuan menguatkan bunyi kompang. Kini, gelung plastik turut digunakan.

Alat muzik ini berasal dari dunia Arab dan dipercayai dibawa masuk ke Tanah Melayu sama ada ketika zaman Kesultanan Melaka oleh pedagang India Muslim, atau melalui Jawa pada abad ke-13 oleh pedagang Arab.

Kompang biasanya berukuran enam belas inci ukur lilit dan ditutup dengan kepingan kulit pada sebelah permukaan. Ia mempunyai bukaan cetek dan dimainkan dengan memegang dengan sebelah tangan sementara dipalu dengan sebelah tangan yang lain.


Cara memalu kompang ialah dengan menepuk kulit kompang dengan bahagian jari-jari atau tapak tangan mengikut rentak. Kompang biasanya dimainkan semasa perarakan, kenduri dan upacara-upacara tradisi lain.

Bunyi yang berlainan dihasilkan dengan membezakan cara bukaan tapak tangan. Bunyi 'bum' di perolehi dengan tepukan di sisi kompang dan tapak tangan dikuncup/rapat. Bunyi 'cak' di perolehi dengan tepukan di tengah kompang dengan jari tangan yang terbuka.

Kebiasaan kompang dimainkan semasa majlis-majlis kebesaran terutamanya majlis perkahwinan.


Lirik Lagu Kompang Dipalu

Kompang dipalu pengantin baru
Duduk bersanding tersipu malu
Kompang dipalu pengantin malu
Moga bahagia ke anak cucu

Kami doakan moga bahagia
Selamat sejahtera hingga akhir zaman

Mempelai tersenyum manis
Air mawar direnjis-renjis
Bunga manggar indah berseri

Oh….. senyum tawa dan gembira
Sanak saudara semua oh indahnya

Merahnya inai di jari
Tanda kasih dah termateri
Ikatan raja sehari

Oh…. Hari yang dinanti-nanti
Sudahlah menjelma kini kekal dan abadi

Selamat pengantin baru
Moga kekal ke anak cucu
Selamat pengantin baru


Wednesday, 20-Feb-2008 15:42 Email | Share | | Bookmark
Generasi Kita



Gambar Khatam Al-Quran Sekolah-sekolah Peringkat Kebangsaan 2007
di Kota Bharu Kelantan.
Teknik Editing : Ilmu dari KukuBesi + digital painting


KHATAM AL-QURAN

Dalam masyarakat Melayu, ilmu pengajian Al-Quran adalah amat ditekankan dalam kehidupan seharian. Anak-anak telah dididik dan diasuh untuk membaca Al-Quran semenjak kecil lagi. Bertitik tolak dari itu, maka muncullah pantun yang sehingga kini masih diamalkan oleh para ibu untuk mendodoikan anak mereka yang masih di dalam buaian.

Buai tinggi-tinggi,
Sampai cucur atap,
Belum tumbuh gigi,
Sudah pandai baca kitab.

Bagi masyarakat Melayu zaman dahulu, mereka menghantar anak mereka untuk mempelajari Al-Quran di pondok-pondok agama atau di madrasah. Di sana , terdapat seorang guru agama yang akan mengajar anak-anak mereka membaca Al-Quran sehingga tamat. Bagi zaman kini, konsep yang sama masih digunakan, yang berbeza cuma cara ia dijalankan. Ada sesetengah ibu bapa yang mengajar sendiri anak mereka, dan ada juga yang menjemput ustaz atau guru agama datang ke rumah untuk mengajar anak mereka. Tidak kira bagaimanapun caranya, yang pasti, setelah tamat menghabiskan pengajian membaca Al-Quran atau dalam bahasa Arab dipanggil Khatam Al-Quran, satu kenduri kesyukuran akan dijalankan oleh ibu bapa dan kenduri ini akan dihadiri oleh semua ahli keluarga dan penduduk setempat.

Dalam kenduri tersebut, seorang guru akan dipanggil untuk menyemak bacaan anak-anak yang bakal khatam Al-Quran. Ayat-ayat Al-Quran dari surah-surah yang terakhir dalam Al-Quran bermula dari surah Ad-Dhuha sehingga surah An-Nas akan diperdengarkan kepada tetamu dan setelah tamat tuan guru tersebut akan membacakan doa khatam Al-Quran, menandakan kanak-kanak tersebut sudah diiktiraf tamat membaca Al-Quran. Namun begitu, ini tidak bererti mereka tidak perlu lagi membaca Al-Quran dalam kehidupan sehari-hari. Upacara ini sebenarnya menandakan bahawa kanak-kanak tersebut sudah tidak lagi memerlukan seorang guru untuk menyemak bacaan mereka setiap kali mereka membaca Al-Quran. Bermula dari hari tersebut, mereka hanya perlu membaca Al-Quran sendiri kerana mereka telah dianggap fasih dan mahir dalam membaca Al-Quran. Selepas tamat bacaan doa, para tetamu akan dijamu dengan makanan yang istimewa, bersesuaian dengan konsepnya iaitu mengadakan kenduri kesyukuran supaya rahmatnya dapat dirasai bersama di kalangan semua anggota masyarakat.




Friday, 15-Feb-2008 06:01 Email | Share | | Bookmark
Adat Budaya / Lawatan Taib

Lawatan Taib


Gambar ketika membuat liputan lawatan rasmi Ketua Menteri Sarawak ke Long Lapok (Kawasan Pedalaman terletak di Bahagian Miri: 200KM dari Bandaraya Miri)

Adat Budaya







Berendoi

Berendoi masih bergerak aktif hingga ke hari ini dan boleh ditonton kebanyakannya di negeri. Nyanyian berendoi ini menggunakan nama Dendang Siti Fatimah . Adat berendoi atau buai bayi ini dipersembahkan sebagai tanda keriangan atau kesyukuran menyambut kelahiran cahaya mata. Lagu-lagu Berendoi atau Dendang Siti Fatimah membawa seni kata yang memuji junjungan Nabi Muhammad s.a.w, menceritakan perihal susah payah ibu mengandung dan melahirkan anak dan juga nasihat-nasihat kepada kanak-kanak. Ada juga seni kata yang dicipta oleh kumpulan ini disesuaikan dengan keadaan semasa. Antara lagu yang dibawa dalam majlis berendoi ialah Tuhan Rabbul'alamin, Anak di dalam Buaian, Ayuhai Anak Cahaya Mata, Kebesaran Allah, dan Aduhai Anak Jangan Durhaka. Berikut ialah lagu Anak di dalam Buaian:

Ayuhai anak di dalam buaian,
Pejamkan mata jangan tangiskan,
Lagu Berendoi kami dendangkan,
Di dalam majlis tanda kesyukuran.
Lamalah sudah kami menanti,
Namun engkau tak kunjung tiba,
Dengan takdir ilahi rabbi,
Kini engkau sudah menjelma.

BERCUKUR JAMBUL
Selepas tujuh hari dari hari bersalin, lazimnya diadakan kenduri nasi kunyit, kerana itulah harinya adat mencukur kepala anak kecil itu dijalankan. Kelengkapan yang disediakan untuk adat mencukur ini adalah seperti berikut:
• Anak kecil atau bayi itu dipakaikan dengan pakaian yang cantik dan diletakkan dia di atas tilam kecil.
• Satu dulang berisi tiga biji mangkuk atau piring yang berisi air tepung tawar, beras kunyit dan bertih.
• Sebiji kelapa mumbang yang besar sedikit dipotong pada arah kepalanya dengan potongan berkelok-kelok siku-keluang dan dijadikan penutupnya daripada potongan itu. Air kelapa itu dibuang dan diisi ke dalamnya sedikit air sejuk, dan kelapa itu diletakkan di dalam sebiji batil semuat-muat kelapa itu sahaja. Biasanya, kelapa itu dihiasi dengan lilitan rantai emas atau perak dan dicucuk dengan tajuk-tajuk rekaan yang indah-indah rupanya.
Apabila kesemuanya sudah siap, maka bayi itu pun dibawa keluar dan dikelilingkan kepada tetamu-tetamu lelaki yang hadir dan setiap seorang daripada mereka dikehendaki menepuk sedikit tepung tawar, menebar sedikit beras kunyit dan bertih kepada bayi itu. Setelah perkara tersebut dilakukan, barulah tetamu-tetamu lelaki tadi menggunting sedikit sahaja rambut bayi itu dengan gunting yang telah disediakan. Lalu rambut yang digunting itu dimasukkan ke dalam kelapa yang telah diisi air. Bilangan orang yang menggunting rambut bayi itu hendaklah dalam bilangan yang ganjil, iaitu tiga, lima atau tujuh atau seumpamanya. Pada masa inilah anak itu diberi nama oleh si bapa. Nama yang diberi adalah nama yang indah dan memberi maksud yang baik. Setelah selesai adat bercukur dan memberi nama anak yang telah dilakukan oleh pihak lelaki, anak itu akan dibawa masuk ke dalam rumah itu dan hal seperti menggunting rambut anak itu dilakukan pula oleh pihak perempuan.
Setelah selesai kedua-dua pihak lelaki dan perempuan menjalankan perkara di atas, maka barulah kepala anak itu dicukur seluruhnya oleh tok bidan atau sesiapa yang mahir dengan kerja itu. Rambut anak yang telah dicukur itu dimasukkan semuanya ke dalam kelapa itu dan segala rantai dan tajuk-tajuk yang menghiasi kelapa itu dibuka dan dicabut. Kemudian kelapa itu biasanya akan ditanam di mana-mana di halaman rumah bersama-sama sepohon kelapa atau lain-lain seumpamanya sebagai peringatan masa anak itu dilahirkan pada masa hadapan kelak. Namun begitu, orang Melayu di bandar yang sudah moden sekarang tidak banyak lagi menjalankan adat ini, rata-rata orang Melayu kampung sahaja yang masih banyak dan gemar melakukan adat resam mencukur dan menamakan anak. Berkenaan dengan menamakan anak undang-undang kerajaan telah menetapkan bahawa anak yang baru dilahirkan perlulah diberi nama dalam tempoh 24 jam kerana dalam tempoh itu anak yang telah diberi nama itu dikehendaki didaftarkan di pejabat pendaftaran.


Monday, 11-Feb-2008 12:35 Email | Share | | Bookmark
GAMELAN






(Gambar Atas) Kumpulan Gamelan Tanjong Kencana, diasaskan pada tahun 2003 oleh saya dan Pn Lily Hj. Morni ketika saya berkhidmat di Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang Miri ketika itu, baru-baru ni ada re-union dinner, ambik kesempatan lepas gian lah jawabnya.



Gamelan adalah himpunan alat muzik yang biasanya menonjolkan metalofon, gambang, gendang, dan gong. Orkes gamelan kebanyakan terdapat di pulau Jawa, Madura, Bali, dan Lombok di Indonesia dalam pelbagai jenis ukuran dan bentuk ensembel. Di Bali dan Lombok hari ini, dan di Jawa lewat abad ke-18, istilah gong lebih dianggap sinonim dengan gamelan.

Perkataan "gamelan" berasal daripada perkataan Jawa "gamel", bermaksud memukul ataupun tukul. Gamelan Pahang diperkenalkan ke Pahang ketika pemerintahan Sultan Ahmad Muadzam Shah. Tengku Ampuan iaitu Wan Fatimah telah meningkatkan muzik gamelan dan diikuti oleh isteri kedua Sultan iaitu Che Bedah. Puteri mereka iaitu Tengku Ampuan Mariam telah berkahwin dengan Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah pada 1913, dan telah membawa gamelan ke Terengganu.

Pada tahun 1914,apabila Sultan Ahmad Mangkat, isterinya Cik Zubedah telah berangkat ke Terengganu untuk tinggal bersama puterinya, Tengku Ampuan Mariam di istana. Tengku Ampuan Mariam amat meminati gamelan dan dengan itu pada 1915, set gamelan di bawah jagaanya di Pahang telah dibawa ke Istana Maziah Terengganu. dan melatih pemuda-pemudi Terengganu untuk bermain/menari gamelan.

Pada 1920, selepas kemahkotaan Sultan Sulaiman, usaha dipergiatkan dengan membawa bekas penari Pahang, Yang Khoja dan Cik Meriam untuk melatih penari Terengganu dan dinaungi oleh Tengku Ampuan Mariam sendiri.

Demikian pula, En, Wan Mohd, En.Wan Ahmad & En.Ahin, bekas pemain muzik Pahang bersama melatih kumpulan Trg yang dikelolakan oleh Sultan Sulaiman. Sehingga 1936, Sultan dan permaisuri berjaya memiliki set sendiri.Berbagai-bagai lagu dan tarian dicipta termasuk lambang sari, geliung, ketam renjong,togok,gagak seteru, lancang kuning dan sebagainya.Tengku Ampuan Mariam telah menulis sebuah manuskrip mengenai tarian sementara Sultan Sulaiman telah bertanggungjawab menukarkan nama "Joget Pahang" kepada "Joget Gamelan Terengganu".

Bagaimanapun gamelan Terengganu mengalami kejatuhan pada zaman penaklukan Jepun,1941 dan kemangkatan Sultan Sulaiman,1942. Tengku Mariam berpindah ke Istana Kolam dengan membawa set gamelan bersama 2 orang bekas penarinya, Cik Adnan Abd. Set gamelan telah dikembalikan ke Pahang , 1973 setelah berlakunya tawar-menawar yang tidak menyenangkan antara kerajaan Pahang dan kerajaan Terengganu. Set Gamelan tersebut telah dianugerahkan kepada Muzium Pahang di Pekan dan dipamerkan.

Muzik gamelan biasanya dimainkan dalam majlis formal dan tidak formal di istana dan untuk mengiringi joget Pahang. Pemuzik gamelan terdiri daripada sembilan orang dan alatanlatan muzik yang digunakan ialah Gong Agong, Gong Sawokan, Gendang Ibu, Gendang Anak, Saron Pekin, Saron Barong I dan Saron Barong II, Gambang serta Kenong.

Tuning dan pembuatan orkes gamelan adalah suatu proses yang kompleks. Gamelan menggunakan empat sistem tuning, iaitu sléndro, pélog, "Degung" (khusus daerah Sunda, atau Jawa Barat), dan "madenda" (juga dikenali sebagai diatonis, sama seperti skala minor asli yang banyak dipakai di Eropah.

Gambar diatas menujukkan satu set peralatan gamelan yang bahannya terdiri dari campuran besi dan tembaga, set tersebut berharga lebih dari RM15K, set yang paling malal melebihi RM25K keatas dan diperbuat dari tembaga sepenuhnya dan mempunyai kualiti bunyi yang amat baik.


Friday, 1-Feb-2008 14:59 Email | Share | | Bookmark
Baru Belajar


Pangkalan Tanjong Kapor, Samporna Sabah
Gambar ni di ambil semasa berkunjung ke sana hujung tahun lepas


Pakcik dua orang ni datang dari Sulawesi ke majlis kawin di Miri baru-baru ni...


[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  [8]  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net