FROM PENDANG WITH LOVE

By: somchit pratchai

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Sunday, 23-Mar-2008 15:42 Email | Share | | Bookmark
Pesta Bubuk











Di Miri, keadaan laut bergelora biasanya bermula pertengahan Oktober dan berlarutan sehingga sambutan Hari Tahun Baru Cina. Keadaan ini akan reda setelah lebih kurang 15 hari iaitu selepas Chap goh mei. Mulai dari saat inilah aktiviti menangkap ikan oleh para nelayan dan kaki pancing bermaharajalela.
Ketibaan musim udang halus atau bubuk (nama tempatan) pada awal Februari sehingga April menjadikan persisiran pantai Miri yang behadapan dengan Laut Cina Selatan seakan pesta.Warga Bandar Minyak Miri mengambil kesempatan untuk turun ke pantai manangkap “bubuk”. Tidak kurang pula yang menggunakan kesempatan ini untuk mengaut keuntungan maksimum dalam karier mereka selaku nelayan. Udang halus@bubuk ini digunakan untuk membuat belacan dan cencaluk. Mungkin tidak keterlaluan jika dikatakan belacan dari Mirilah antara yang paling sedap disebabkan oleh keaslian udang halus@bubuknya yang segar serta teknik pembuatan yang bersih dan suci.
Bagi nelayan, mereka mengunakan bot nelayan dengan ditampah pukat penyodok di hadapan bot bagi menangkap “bubuk”, manakala bagi nelayan “part time” (hanya jadi nelayan pada musim bubuk) pukat penyodok ditolak di gigi pantai dengan menggunakan tenaga manusia.


Ada Lagi Disini : http://www.flickr.com/photos/pratchai/


Thursday, 20-Mar-2008 13:25 Email | Share | | Bookmark
Perarakan Sempena Maulidurrasul Di Bandaraya Miri














DALIL SUNAT MENYAMBUT MAULIDURRASUL DI SISI ULAMAK AHLI SUNNAH.

Merayakan hari kelahiran Nabi s.a.w. termasuk daripada perkara yang membesarkan dan memuliakan baginda. Dijanjikan kejayaan dunia dan akhirat bagi mereka yang menyambutnya. Firman Allah Taala:

“Maka mereka yang beriman dengannya (Muhammad), membesarkannya dan membantunya dan mengikuti cahaya (Al-Qur’an) yang diturunkan bersamanya. Mereka itulah yang mendapat kejayaan.”
(Surah Al-A’araf, ayat 157).


Firman Allah Taala, “Sesiapa yang membesarkan tanda-tanda Allah, maka membesarkan itu ialah setengah daripada menjunjung perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya.” ( Al-Haj:32 )

Dimaksudkan dengan “tanda-tanda Allah” (شعائر الله جمع شعيرة أو شعارة ) pada umum ayat ini, iaitu setiap perkara yang dijadikan sebagai tanda atau alamat bagi mentaati Allah. Sebesar-besar tanda agama ialah Nabi Muhammad s.a.w dan menyambut Maulidurrasul itu adalah membesarkan tanda Allah, termasuk dalam menjunjung perintah-Nya.

3. Meriwayat Imam Bukhari dalam Sahihnya, begitu juga Ismaili dan Abdul Razak, Bahawa diringankan azab ke atas Abi Lahab pada hari isnin kerana memerdekakan ‘Suwaibah’ yaitu hambanya yang menceritakan khabar gembira tentang kelahiran Nabi s.a.w.
Hadis ini menunjukkan bahawa:
i) Sesiapa yang menzahirkan kegembiraannya dengan membesarkan hari kelahiran Rasulullah diberi pahala yang besar kerana Abu Lahab yang kafir, seteru kepada Nabi s.a.w. diringankan azabnya, apatah lagi orang yang muslim. Seperti yang dikatakan oleh Al-Hafiz Nasiruddin ibnu Syamsuddin Ad-Dimasyqi dan Imam Al-Qurra Al-Hafiz Syamsuddin Muhammad Al-Jazri.
ii) Dianjurkan memulia dan membesarkan Nabi s.a.w dengan mengambil sempena hari kelahirannya. Hari kelahiran Baginda merupakan ‘ Hari Kebesaran Islam ’ dan hari yang mempunyai kelebihan. Diriwayatkan daripada Qatadah Al-Ansari, ‘ Bahawasanya Nabi ditanya tentang berpuasa hari isnin, berkata Nabi s.a.w, “ Itulah hari yang dilahirkan aku padanya dan diturunkan kenabian keatas ku.” (Riwayat Muslim dan lainnya)
iii) Membuat perkara-perkara kebaikan (difahami daripada memerdekakan Suwaibah, hadis berpuasa hari isnin dan hadis berpuasa hari A’syura yang akan datang ) sempena memuliakan hari kelahiran Nabi s.a.w seperti berhimpun dengan membaca Al-Qur’an, berselawat, memuji Nabi, bersedekah, menjamu makanan, berbuat baik kepada fakir-miskin dan lain-lain.


Didalam Sahih Bukhari dan Muslim, bahawa Nabi datang ke Madinah dan mendapati kaum Yahudi berpuasa hari A’syura lalu baginda bertanya , mereka menjawab, “ Ianya hari yang Allah menenggelamkan Fir’aun dan menyelamatkan Musa. Kami berpuasa pada hari ini kerana mensyukuri Allah ta’ala.” Lalu nabi berkata, “ Kami terlebih utama dengan Musa…”.

Diambil pengertian daripada hadis ini, kita disarankan mensyukuri atas nikmat pemberian Allah pada hari tertentu yang mempunyai kelebihan atau hari yang dilepaskan daripada musibah. Menyambut Maulidurrasul adalah menzahirkan kegembiraan dan mensyukuri nikmat dan rahmat Allah ke atas alam ini. Ini kerana , sebesar-besar nikmat yang sempurna dan rahmat ialah lahirnya nabi kita s.a.w. sebagaimana berkata Ibnu Hajar Al-Haitami, Al-Hafiz Ibnu Hajar Assqalani, Sayuti dan lain-lain.

Firman Allah ta’ala, “ Katakanlah kepada kaummu, dengan kurniaan Allah dan rahmatnya , maka dengan demikian itu ( kurniaan dan rahmat ) , hendaklah kamu bergembira dan mensyukurinya.” ( Yunus:58 )

FirmanNya, “Tidaklah kami mengutuskan engkau ya Muhammad melainkan kerana rahmat bagi sekelian alam.” ( Al-Anbiyaa’:107 )

Memperingati dan membesarkan Maulidurrasul dengan selawat, membaca kisahnya, merupakan perantaraan kepada mencintai nabi dan mencintai Allah. “ Tidak sempurna iman seseorang daripada kalangan kamu sehingga adalah aku terlebih dikasihinya daripada dirinya, hartanya, anaknya dan sekelian manusia.” ( al-Hadis ). Firman Allah ta’ala, “ Katakanlah kepada kaummu, jika sekiranya kamu mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mencintai kamu.” (Ali-Imran:31)



Tuesday, 18-Mar-2008 13:05 Email | Share | | Bookmark
Sarawak Ethnic (Part 2)


Kaum Penan


Kerja Harian


Menunggu



Tuesday, 11-Mar-2008 13:43 Email | Share | | Bookmark
Pilihanraya Umum Ke-12






















Sejarah Pendang

Pendang merupakan salah satu daerah jajahan Negeri Kedah Darul Aman. Ia meliputi kawasan sawah yang luas dan mempunyai penduduk yang berbilang bangsa dan agama. Penduduk di daerah ini terdiri daripada Melayu, Siam, Cina dan India. Nama Pendang berasal daripada perkataan "pendiat" yang bermaksud parit atau lubang yang dibina khas untuk menangkap gajah.
Tempat-tempat menarik
Kawasan sejarah dan rekreasi menarik yang terdapat di daerah ini adalah seperti:
• Kubur Panjang
• Kawasan peranginan Sungai Rambai dan lain-lain lagi.
Kubur Panjang merupakan salah satu tinggalan sejarah yang masih terdapat di daerah ini. Ia terletak di sebuah kampung yang terletak lebih kurang 15 minit dari pekan Pendang. Kampung ini diberi nama bersempena dengan tinggalan sejarah tersebut iaitu Kampung Kubur Panjang. Ukuran panjang kubur ini akan bertambah dari sehari ke sehari dan kawasan kubur berkenaan telah dijadikan kawasan Tanah Perkuburan Islam agar kubur berkenaan dapat dipelihara dan dijaga untuk dijadikan satu kawasan tinggalan sejarah di Daerah Pendang Khususnya dan Negeri Kedah Darul Aman amnya.
• Kampung Bukit Jambul
Kampung Bukit Jambul terletak lebih kurang 8 KM dari pekan Pendang. Bukit Jambul di beri nama sejak sekian lama dahulu apabila berlakunya perang di Jambu Pattani Thailand yang dahulunya merupakan Kerajaan Kedah Tua, penduduk di Jambu yang rata - ratanya berketurunan Raja Jambu telah lari dari perang antara Kedah dan Siam. Apabila sampai di Bukit Jambul mereka telah tinggal di situ dan menamakan Bukit Jambu kerana di situ mempuyai bukit. Lama - kelamaan Bukit Jambu telah di gelar dengan gelaran Bukit Jambul. Kebanyak penduduk Bukit Jambul sekarang berketurunan Raja Jambu. Terdapat sebuah kubur lama yang boleh dijadikan sejarah kerana menurut penduduk kampung kubur itu merupakan kubur orang pertama sampai di Bukit Jambul.
• Perigi mandi gajah *
Perigi mandi gajah terletak di tengah pekan Pendang Jalan ke Sg.Tiang bersebelahan dengan Balai Polis Pendang.Perigi yang separti ini yang masih wjud dan dijaga dengan baik,terletak di tengah taman dan berhampiran dengan pusat makanan.Tempat ini menjadi tempat gajah mandi di sekitar Pendang.Telaga ini tidak pernah kering walaupun berlaku kemarau panjang dan menjadi tempat mandi orang ramai semasa kermarau di mana lain lain perigi kering dan pada masa dahulu tiada bekalan air bersih dari kerajaan.
Asal-usul nama
Daerah Pendang dahulunya adalah tempat gajah-gajah tinggal. Perkataan "Pendang" adalah istilah yang dipanggil oleh penduduk tempatan terdahulu yang bermaksud lubang atau telaga yang dibuat oleh penduduk pada masa itu untuk menangkap atau menjerat gajah. Lubang atau telaga yang digunakan untuk menjerat gajah ini masih ada lagi di sebelah Balai Polis Pendang yang kini menjadi telaga. Kubur seorang penduduk tempatan yang dipijak gajah juga masih ada lagi di Kampung Sukamari yang terletak di belakang pekan baru Pendang.


Saturday, 1-Mar-2008 04:12 Email | Share | | Bookmark
Sarawak Ethnic (Part 1)

Kaum Kenyah





(gambar-gambar tersebut diambil ketika mengikuti lawatan rasmi Ketua Menteri Sarawak ke kawasan pedalaman pada 27Feb2008 (Long Lapok)

Kaum Kenyah ialah salah satu kaum orang asli (Bumiputera) yang mendiami di kawasan pedalaman daerah Baram dan Belaga di Sarawak, Malaysia serta di Kalimantan, Indonesia.
Sepanjang Ulu Sungai Baram adalah merupakan tempat asalnya Orang Kenyah dimana pusatnya adalah di Long San. Kebudayaan masyarakat Kenyah adalah lebih kurang sama dengan budaya Orang Kayan di mana satu lagi suku etnik yang terdapat di Sarawak. Penempatan mereka adalah di lembah sungai sepanjang hulu batang Baram, Usun Apau, Balui, kawasan Tinjar, dan ulu batang Rajang.

Pada lewat abad ke-20, bilangan kaum Kenyah dilaporkan terdiri daripada 23,000 orang. Mereka tinggal dekat kuala sungai dipangil Long dan mempunyai perhubungan yang rapat dengan kaum Kayan. Oleh itu, kaum Kenyah mempunyai budaya yang amat serupa dengan kaum Kayan, walaupun bahasa-bahasa mereka berbeza. Ekonomi tradisi Kenyah berdasarkan penanaman padi bukit di cerang hutan. Pokok-pokok hutan ditebang dan dibakar dan padi ditanam antara abu-abunya.
Pada tradisinya masyarakat Kenyah merupakan masyarakat yang percaya kepada kepercayaan animisme, di mana mereka percaya bahawa semua yang ada disisi mereka mempunyai roh yang sendiri. Masyarakat asli Kenyah amat percaya kepada tanda-tanda alam, di mana setiap keanehan alam akan memberi makna atau maksud. Kehidupan harian masyarakat asli Kenyah secara amnya di tentukan oleh kepercayaan tersebut.
Tetapi sejak datangnya mubalih-mubalih Kristian dan menyebar ugama Kristian pada mereka, kepercayaan ini tidak lagi di pegang. Pada masa sekarang majoriti masrakat moden Kenyah beragama Kristian
Kini, ramai masyarakat Kaum Kenyah telah berhijrah ke bandar dan hidup dengan cara moden serta menjawat jawatan-jawatan penting dalam sektor kerajaan dan swasta.




[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net