FROM PENDANG WITH LOVE

By: somchit pratchai

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  [6]  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Saturday, 26-Apr-2008 11:44 Email | Share | | Bookmark
Repair Only










Jemput kesini : http://pratchai.shutterchance.com/


Saturday, 12-Apr-2008 15:10 Email | Share | | Bookmark
Bot



Bila teringat kampung halaman di Pendang, pegi tepi laut (Laut China Selatan) terubatlah sikit rindu tu. Kat tengah laut tu ialah pelantar minyak, Miri ni dikenali juga sebagai Bandar Minyak manakala Bintulu pula ialah tempat pengeluaran Gas terbesar di Malaysia.



"SAY NO TO DUTCH PRODUCT" kat bumbung tu iklan produk Belanda.....jangan beli

Yang ni gambar perahu di Sungai Sarawak yang terletak di Kuching, dikenali juga sebagai perahu tambang, kalau nak menyeberang kesebelah sana tu dikenakan bayaran 50 sen je...


Jeti Pulau Mabul





Jemput kesini : http://pratchai.shutterchance.com/


Tuesday, 8-Apr-2008 07:59 Email | Share | | Bookmark
Similajau Natoinal Park







'The Similajau National Park situated in Bintulu Division (about 30 km from Bintulu Town) the national park provides recreational ground for the people within the central region of Sarawak. It has one of the most beautiful coastal areas in Malaysia with miles of unspoiled white and golden sand and rocky beaches facing the South China Sea.

First gazetted on 1 December 1976 and published to public on 20 April 1978 with and areas of 70.64 km² of virgin forest, starting from Sungai Likau in the south and as far as 30 km stretch to Sungai Similajau to the north. Another 19.32 km² of areas was extended to the park on 17 February 2000 this made the total areas to 89.96 km². Even though it?s a small area of strip land running from North-South direction, approximately 30 km, but it is rich in flora and fauna that provided nature lovers with rich experience and activities.



Jemput kesini : http://pratchai.shutterchance.com/


Thursday, 3-Apr-2008 13:51 Email | Share | | Bookmark
Boikot Product Belanda/Dutch





Tuesday, 01 April 2008
KUALA LUMPUR, 1 Apr (Hrkh) - Semua rakyat Malaysia yang cintakan kehidupan bersama yang aman dan harmoni hendaklah bersama-sama memboikot pihak yang suka mencetuskan api permusuhan, kata Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar.
Beliau berkata demikian ketika mengukuhkan cadangan supaya diboikot barangan dari Belanda berikutan tindakan ahli parlimen negara itu, Geert Wilders menyiarkan filem yang mengkritik Al-Quran, , Fitna, di dalam laman webnya mulai 27 Mac lalu.
Barangan dari German pula digesa diboikot sebaik sahaja negara itu menghalalkan pementasan Satanic Verses di teater Hans Otto, Potsdam, salah sebuah bandar dalam negara itu.
Isyarat tegas "Semua pihak, tanpa mengira bangsa dan agama, yang mencintai kehidupan bersama yang harmoni mestilah memberi isyarat yang tegas dan jelas bahawa mereka tidak mahu lagi menerima apa jua bentuk penghinaan ke atas mana-mana pihak," kata Mahfuz.
Di samping meminta para ilmuan Islam memberikan penjelasan mengenai ayat-ayat al-Quran yang difitnahkan itu, beliau berkata, tindakan semua pihak memboikot barangan dan perkhidmatan mereka yang mencetuskan permusuhan adalah sangat penting.
"Buktikan kepada penyembah-penyembah permusuhan yang memperalatkan kebebasan bersuara itu bahawa kita mahu hidup dalam harmoni. Kita tak mahu sakitkan hati antara satu sama lain.
"Kita mesti beri signal yang jelas dan tegas dengan memboikot barangan dan perkhidmatan mereka yang mencetus permusuhan dan menyokong tindakan mencetuskan permusuhan," tegas beliau.
Umat Islam, katanya, mempunyai kewajipan untuk menentang cercaan ke atas agama mereka.
"Bukan itu sahaja, kita juga mesti menentang cercaan ke atas agama lain kerana itulah ajaran Islam kepada kita," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Khutbah

Beliau menyeru pihak-pihak berkuasa agama Islam supaya menyediakan khutbah-khutbah untuk menyemarakkan kesedaran ummah supaya tidak bertolak-ansur dengan sesiapa jua yang menghina Islam.
"Media-media massa pula mestilah memainkan peranan yang aktif untuk menyemarakkan kesedaran semua pihak supaya menentang apa jua perbuatan yang mencetuskan permusuhan dengan memboikot barangan mana -mana negara yang menghalalkan tindakan seperti itu, tidak kira Belanda, German malah mana-mana negara sekalipun" katanya.
Menurut beliau lagi, jika sebelum ini Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna boleh menggesa rakyat memboikot barangan yang dijual oleh para peniaga yang didakwa sengaja menaikkan harga, kementerian itu juga sepatutnya menggesa para pengguna melakukan perkara yang sama ke atas barangan negara-negara yang menghalalkan penghinaan dan cetusan permusuhan.
"Tidak cukup dengan kenyataan (Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk) Shahrir (Abdul Samad) yang menyatakan rakyat berhak menunjukkan tanda protes dengan memboikot barangan dari Belanda. Menteri dan kementerian itu sepatutnya memainkan perana yang aktif.
"Mesti ada tindakan bersama yang terancang dan serentak dari pihak berkuasa agama, media-media dan kementerian-kementerian yang terbabit untuk memastikan keberkesanan pemboikotan itu," tegas beliau.
Mahfuz mengucapkan terima kasih kepada pasaraya yang berjanji akan memberikan kerjasama dengan meletakkan tanda produk keluaran Belanda yang dijual bagi membolehkan pengguna mengenal pasti produk tersebut.
Antara produk keluaran Belanda termasuk minyak Shell, susu Dutch Lady, barangan elektrik Philips, coklat Forrero Roche, insurans ING, teh Lipton, perisa makanan Knor dan cecair mandian Dove.
Semalam, Dewan Pemuda PAS Pusat yang diketuai Ketuanya, Salahuddin Ayub telah menghantar bantahan kepada kedutaan Belanda mengecam tindakan Wilders menyiarkan filem itu di dalam laman webnya.

Lumpuh

Sabtu lalu, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyeru umat Islam di seluruh dunia memulaukan produk Belanda sebagai satu bantahan berkesan berikutan tindakan menyiarkan filem Fitna itu di Internet.
Beliau berkata pemulauan itu boleh menyebabkan Belanda lumpuh kerana umat Islam meliputi sebahagian besar penduduk dunia yang kaya dan juga pengimport terbesar.
Bagaimanapun, semua 1.3 bilion umat islam di dunia mestilah bersatu dan meletakkan kepentingan Islam dan umat Islam daripada keperluan individu jika mahukan pemulauan ini berkesan.
"Kalau orang Islam bersatu kita mudah saja ambil tindakan. Kalau kita pulau barangan dari Belanda dia tutup negeri, pasal yang beli banyak sekali, yang kaya sekali di dunia ini adalah orang Islam.
"Kalau semua 1,300 juta orang Islam kata kami tidak kan beli barang dari Belanda, maka barulah berkesan.
"Kalau nak pulau buatlah betul-betul. Tapi orang kita kata, dia (Belanda) pun berniaga dengan kita juga, kalau kita tahan dia, dia rugilah. Jadi (kalau begini) kita tak fikir sebagai orang Islam, kita fikir untuk kepentingan diri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung ke-46 Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim).



http://pratchai.shutterchance.com/


Sunday, 30-Mar-2008 11:48 Email | Share | | Bookmark
Sungai Baram dari Pesawat Twin Otter





Sungai Baram sepanjang 400 km terletak di Tanjung Baram, Miri , Sarawak. Sungai ini mengalir dari timur iaitu dari Banjaran Taman Abo ke Laut China Selatan di sebelah Barat.
Di bahagian hulu sungai, Sungai merupakan jalan pengangkutan utama di Sarawak selain daripada menggunakan pengangkutan udara, balak diangkut mengunakan jalan sungai ini untuk dibawa ke Miri.
Di Sarawak sungai dikenali sebagai "Batang" (Batang Baram)


Banyak buaya kat sungai ni, sempat rakam buaya sedang berehat kat tebing semasa perjalanan balik (pergi naik twin otter balik naik bot)



http://www.flickr.com/photos/pratchai/
http://pratchai.shutterchance.com/



[<<  <  1  2  3  4  5  [6]  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net