|
|
| Tuesday, 25-Dec-2007 15:14 |
Email | Share | | Bookmark |
|
IBADAH KORBAN 2007
|
|

Lokasi Korban : Pendang Kedah Darulaman
Amalan berkorban bertindak mendekatkan diri (taqarrub) kepada Allah dan mendekatkan hubungan antara manusia dengan Allah ini dikenali sebagai amaliah yang bersifat vertikal. Sementara amaliah yang bersifat horizontal pula, ibadah penyembelihan korban meningkatkan hubungan antara manusia dengan manusia melalui pembahagian daging-daging korban terutama kepada golongan fakir dan miskin. Ini sebagai petunjuk bahawa takwa yang bersifat personal dan vertikal (hubungan hamba dengan Tuhannya) sering tidak terpisah dengan hubungan hamba itu dan persekitarannya. Justeru, amal sosial seperti korban harus didasarkan kepada Allah. Melalui ibadah korban inilah terselit maknawi yang mendalam bahawa manusia memerlukan pengorbanan dalam menuju kebahagiaan di dunia dan akhirat.Korban disyariatkan bagi mengingatkan manusia bahawa jalan menuju kebahagiaan memerlukan pengorbanan. Akan tetapi yang dikorban bukan manusia, bukan pula nilai-nilai kemanusiaan tetapi binatang sebagai petanda bahawa pengorbanan harus ditunaikan dan bahawa yang dikorbankan adalah sifat-sifat kebinatangan dalam diri manusia saperti sifat rakus, tamak, ego, mengabaikan norma, nilai dan sebagainya. Secara hurufiahnya, kesempurnaan ibadah korban ini bermaksud membunuh segala sifat kebinatangan yang terdapat dalam diri manusia.
|
|
|
|
|
|
| Friday, 14-Dec-2007 03:24 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Pengangkutan Ke Hulu Baram Sarawak
|
 |
|
Bot Exspress Dengan 100 orang muatan
|
|
 |
|
Transit Di Pekan Marudi
|
|
 |
|
Padang Terbang Mulu
|
| | View all 4 photos... |
|


Struktur geografi Sarawak yang landai serta berbukit bukau diselangi dengan jaringan sungai-sungai yang berselirat menjadi faktor mengapa pengangkutan paling utama di negeri ini adalah melalui sungai dan juga udara. Tambahan pula negeri Sarawak ialah negeri terbesar di Malaysia.
Sungai Baram sepanjang 400 km terletak di Tanjung Baram, Miri , Sarawak. Sungai ini mengalir dari timur iaitu dari Banjaran Taman Abo ke Laut China Selatan di sebelah Barat.Di Sarawak dan kebanyakan tempat di Indonesia, sungai disebut juga sebagai Batang. Contohnya Batang Lupar, Batang Rajang, Batang Mukah, Batang Tinjar dan lain-lain. Untuk ke destinasi pedalaman Sarawak seperti ke Taman Negara Mulu, pengangkutan yang dapat menghubung ketempat ini hanyalah dengan jalan sungai atau udara, jalan sungai ke Mulu mangambil masa selama sehari perjalanan manakala pengangkutan udara selama 35 minit, disini terdapat satu sekolah (SK Batu Bungan) yang majoritinya anak-anak kaum penan, sekolah ini berdekatan dengan Taman Negara Mulu .Terdapat lebih 40 buah sekolah dikawasan pedalaman didalam Bahagian Miri. Kebiasaanya saya akan kekawasan pedalaman ini untuk memantau sekolah-sekolah atau menghantar guru-guru baru kesana, ketabahan guru-guru baru yang sanggup meredah sungai dan alur untuk menabur bakti amatlah dihargai.
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 11-Nov-2007 09:51 |
Email | Share | | Bookmark |
|
BUNGA
|
|
 [


Tajuk : Bunga
Lokasi : Rumah Ibu di Kampung (Pendang, Kedah Darulaman)
diambil semasa balik raya kat Kampung baru-baru ni, Ibu saya kat kampung tu memang
hobi dia tanam bunga selain dari pelihara ayam itek...
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 7-Oct-2007 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
SALAM AIDIL FITRI
|
|
Salam Aidilfitri untuk rakan-rakan pengunjung pratchai.fotopages.com, semoga Ramadhan yang dilalui mendapat rahmat dan maghfirah Ilahi.[img]
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 27-Sep-2007 13:29 |
Email | Share | | Bookmark |
|
PASAR SITI KHADIJAH, KOTA BHARU
|
|
Salam Ramadhan, Alhamdulillah kesempatan berkunjung ke Kota Bharu atas tugas rasmi pada 24-27 Sept. baru-baru ini dimanfaatkan untuk merakam usaha gigih makcik-makcik yang mencari rezeki di pasar Siti Khadijah Kota Bharu, Kelantan.


|
|
|
|
|
|
| Sunday, 26-Aug-2007 08:11 |
Email | Share | | Bookmark |
|
TOUR D BORNEO Ogos 2007 (Kembara Menagih Kasih :KeKasih 07)
|
 |
|
Jeti Pulau Mabul
|
|
 |
|
Perjalanan ke Pulau Mabul selama satu jam menggunakan bot laju
|
|
 |
|
Kg. Nelayan Pulau Mabul
|
| | View all 11 photos... |
|
Salam, pada 18-23 Ogos 2007 saya dan ahli Jawatankuasa Task Force Kecemerlangan Bahagian Miri telah berkesempatan menjelajah utara Kepulauan Borneo bermula dari Miri hingga ke Semporna Sabah dengan merentasi Negara Brunei Darussalam, perlajanan melalui jalan darat ini telah melalui panorama-panorama menarik di sepanjang kawasan yang dilalui, insyaallah kecantikkan panorama ciptaan Allah akan dikongsi bersama rakan-rakan yang melayari fotopages ini.

|
|
|
|
|
|
| Saturday, 25-Aug-2007 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| Monday, 16-Jul-2007 09:49 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Pulau Pangkor
|
|
Baru-baru ni (9-12 Julai 2007), ada program kat Telok Batik Lumut Perak, sempat juga naik bot dari Lumut pegi Pulau Pangkor (tambang cuma RM6.00 pegi-balik). Kat Pulau Pangkor kita sewa van (RM60.00) pusing pulau. Pantai-pantai kat sini cantik-cantik dan bersih-bersih belaka. Sedang orang lain sibuk2 beli cenderahati, saya ambik kesempatan membuat beberapa tembakan dari lensa Canon, Alhamdulillah kecantikan yang di kurniakan Allah di bumi Malaysia ini amat mengkagumkan, di sini saya paparkan untuk kawan-kawan semua :-
Kampung Nelayan di Pulau Pangkor, tembakan dari atas bot
Jeti Nelayan Pulau Pangkor
Majoriti penduduk Pangkor ni adalah nelayan
Pantai Telok Nipah, Pangkor
Pantai Telok Nipah
Pantai Telok Batik,
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 8-Jul-2007 02:42 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Majlis Makan Malam Persaraan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
|
|
Majlis Makan Malam Persaraan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia,
di adakan di Hotel Imperial Miri pada 3 Julai 2007.
Hampir 1000 jemputan dari seluruh Negeri Sarawak hadir meraikan Dato' Hj Ahamad Sipon.
Amanat Dato' Dr. Haji Ahamad Sipon
Saya ditugaskan untuk mereka bentuk Bgdrop berukuran 14'x20'.
Khusyuk Mendengar Amanat Terakhir
Pengarah Pejalaran Sarawak, Cikgu Rabiah Johari ( Juga akan bersara pada hujung bulan ni), segala nasihat dan tunjuk ajar beliau amat dihargai.....jasamu dikenang..
Dua wajah Pengetua Cemerlang Sarawak, mereka berdua ni memang "Iron Lady", cara kerja yang patut dicontohi, "Down To Earth" merupakan cara kerja mereka.
baru nak try edit ala-ala "Dave Look", tq maylique krn bagi URL untuk belajar cara edit gini. http://maylique.fotopages.com/
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 1-Jul-2007 14:09 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Taman Negara Lambir Miri
|
|
Pada 28 Jun - 1 Julai 2007, Task Force Unit Pendidikan Islam PPG Miri telah menganjurkan Kem Jati Diri Pelajar-pelajar Sekolah Menengah Bahagian Miri bertempat di Taman Negara Lambir, kat taman negara ini pemandanganya yang di cipta oleh Maha Pencipta cukup indah, ketenangan dapat dirasai apabila berada di sini, beberapa air terjun dilalui oleh peserta pada slot "Jungle Tracking", Alhamdulillah slot-slot ceramah telah disampaikan oleh sahabat-sahabat yang hebat seperti Al-Fadhil Us. Hasrizal (http://saifulislam.com/ ), Sdr Muhtar Suhaili (Jurutera Shell : http://muhtarsuhaili.fotopages.com/ , http://muhtarsuhaili.wordpress.com/ ), Us. Roshaidin Othman (Abang Din Pakar Muhasabah Diri), Us Nik Sharmizi Nik Sin (anak soleh) dan saya juga berpeluang memberi satu slot. Alhamdulillah sokongan dari sahabat-sahabat AJK Task Force, pensyarah IKBN, Doktor Hospital Miri , sahabat dari Sarawak Shell Berhad dan tak lupa Muslimat Kg. muhibbah yg telah berjaya mengedalikan program ini dengan sempurna. Program Koordinator (Us Nassru), Tukang Masak lulusan Univ Jordan (Us Ismail), Us Afandi (LO), Cgu Norman, Kem Komandan (Mr. Amir n Mustamim) merupakan peneraju kuat program ini, Pn. Lily Hj Morni (Pengetua Cemerlang SM Sains Miri), semangat "down to earth" amat dikagumi...adik-adik /kakak-kakak fasi.... terima kasih atas sumbangan semua.
Gambar-gambar dibawah ni sekadar untuk di kongsi bersama semua sahabat pengunjung FP saya yang tak seberapa ini..... wallahuaklam
"Apabila kita merenung sesuatu kecantikkan, fikirkanlah tentang Penciptanya".
|
|
|
|